AKTIVITI BIRO BENCANA ALAM & KEMANUSIAAN WANITA UMNO MALAYSIA .

Pengerusi :
Nahar Ahmad bersama AJK



KEBAJIKAN

Program Turun Padang Biro Bencana Alam & Kemanusiaan Wanita UMNO Malaysia bersama Skuad Sayang di Seremban sempena mesyuarat Biro Bencana Alam .

Kenangan bersama 4 beradik yang ditinggalkan oleh kedua ibu bapa. Mereka dibela oleh nenek tiri serta belas ikhsan dari Wanita Cawangan dikawasan berdekatan.Hanya baru beberapa bulan mereka dapat merasakan kehidupan sebagai rakyat Malaysia apabila mendapat surat beranak dan kad pengenalan untuk memboleh kan mereka kesekolah atas usaha Wanita UMNO. Allah maha berkuasa dan menentukan segalanya. Ibu yang telah menghilang akhirnya dapat dikesan dan hanya mampu terbaring dan lumpuh.
PROGRAM BULAN MACH DAN APRIL.

1. 27 - 28hb Mach 2010 - Kursus Motivasi
Pelajar tahun 4 dan 5 ( SPM) di Taman Alam Megah- seramai 200 orang
pelajar akan menyertai program ini dimana ianya akan memberi fokus kepada Agama dan
motivasi diri .

2. 30-31hb Mach 2010 - JEJARI BISTARI Kraftangan
Berminat sila hantar nama, no k/p , tel dan alamat untuk pendaftaran ke talian o3-51226060 .

3. 01hb April 2010 - Program JR Kebajikan

4. 14hb April 2010 - Kursus Motivasi Diri & Pidato

taklimat gerakerja jalinan rakyat
















Perarakan MaulidurRasul bersama MPWK Kota Raja dan RT Taman Sentosa




Program diadakan pada petang hari Jumaat 26-2-2010 selepas solat Jumaat. Sebanyak 20 pasukan telah menyertai Perarakan ini.

Program Gotong Royong Bubur Asyura Perdana dan Ceramah sempena menyambut bulan Muharram





Program telah diadakan pada 1-1-2010 di Surau Al Muttaqin Taman Seri Andalas. Ceramah agama telah disampaikan oleh Y.Bhg Ustazah Sarijah Bejo.

KURSUS MOTIVASI ( SOLAT HAJAT,YASSIN DAN CERAMAH )UNTUK PELAJAR TAHUN 3&5 YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA KEMUNING


Tarikh : 4hb.Oktober 2009 -
Masa : 8.00pagi - 12.00t/hari
tempat : Surau Al- Hijrah Bukit Kemuning

Ibu bapa yang mempunyai anak anak belajar diSMK Kota Kemuning dijemput hadir bersama bagi mengimarahkan progran dan memberi semangat untuk kejayaan anak anak kita . Kehadiran Ibu Bapa memberikan seribu pengertian untuk menjamin masa hadapan anak anak.



SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA IBU TUNGGAL, ASNAF,WARGA EMAS DAN OKU .

Tarikh : 4hb.Oktober 2009
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Lot 3761 Lorong Hj.Said Jalan Kebun Shah Alam.

WARGA KOTA RAJA DAN SAHABAT DIJEMPUT HADIR.
NUR HIDAYAH -TADARUS PERDANA

Program tahunan ini merupakan program tahunan dan diadakan dikawasan yang berlainan pada setiap tahun .Prgram ini mendapat sambutan yang begitu baik dari kalangan masyarakat tanpa mengira idologi politik.Majlis bermula seawal pagi dengan acara Tadarus,berkhatam Quran, Solat solat Sunat dan Ceramah







PROGRAM D'CREATIVE - MENCANTING BATIK
KEBAJIKAN - JALINAN KASIH

Prgram turun padang sentiasa diamalkan tanpa
mengira masa dan tempat kerana matlamat
perjuangan ditumpukan kepada masyarakat
terutama bagi yang memerlukan.Ketua dan
AJK tidak pernah merasa kesal dan mengeluh
untuk mencari bantuan bagi menguatkan lagi kerja kerja amal jariah kebajikan kepada yang memerlukan.Malah usaha sebegini menjadi suatu keinsafan untuk membantu dan mendekati masyarakat. Dengan cara sebegini masyarakat akan sedar bahawa UMNO merupakan parti yang satu satu nya telah memberi banyak keistimewaan kepada masyarakat sejak dari mula ianya ditubuhkan






BIRO SUKAN-BOWLING

BIRO AGAMA -MARHABAN
Wawancara di BERNAMA TV 'Peranan Wanita'

SKUAD SAYANG BIRO BENCANA ALAM & KEMAANUSIAAN
WANITA UMNO SELANGOR /MALAYSIA

"MANGSA RIBUT TAUFAN PULAU INDAH".


JALINAN RAKYAT
"MASIH ADA YANG SAYANG"






















Anak kepada Ibu Tunggal berumur 25 tahun
yang nasib begitu malang setelah ditimpa kemalangan
dan terlantar hampir 4 bulan tanpa apa
apa bantuan. Usaha telah pun dibuat melalui JKM


KEBAJIKAN - Jalinan Rakyat
Eh,eh, Dr.Mariah pun ada bersama?? Menyahut seruan PM Dato'Seri Najib "RAKYAT DIDAHULUKAN". Wanita Kota Raja sentiasa teruja apabila menerima berita tentang warga tua yang sedang tenat apatah lagi ibu ini adalah Ketua Wanita 1 yang mewujudkan UMNO Cawangan Kg.Bukit Naga bersama suami beliau. Namun Allah lebih menyayangi beliau dalam keadaan yang begini.Beliau telah kembali kerahmatullah selepas lawatan dan sumbangan dari Pergerakan Wanita UMNO Bahagian. Dalam menunaikan tanggung jawab sebagai insan Allah Pergerakan Wanita Bahagian ketepikan seketika kepentingan politik walau pun terpaksa bersama ahli Parlimen PAS Dr. Mariah.
SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT TERUTAMA WARGA KOTA RAJA.

MARILAH KITA BERDOA SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DIBULAN YANG MULIA INI DI TERIMA ALLAH SWT DAN DILINDUNGI DARI SEGALA BENCANA . SATUKANLAH HATI MEREKA YANG TELAH LARI DARI PERJUANGAN SEBENAR DEMI KEPENTINGAN KEPERIBADIAN. BERILAH UMAT ISLAM PEDOMAN KEJALAN YANG DIREDAI OLEH MU YA ALLAH AGAR NEGARA INI MENJADI SATU NEGARA YANG HARMONI DARI ANCAMAN YANG TIDAK DIUNDANG!!



KEPADA NEGARAWAN DAN SAHABAT HANDAI YANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH DALAM BULAN PUASA INI MARILAH KITA BERDOA DAN BERSEDEKAH AL-FATIHAH AGAR ROH MEREKA DITEMPATKAN DISISI ORANG YANG SOLEH! AMEEN!!!
APA PANDANGAN ANDA TENTANG EXCO PAS YANG MELENTING MARAHKAN CAMPUR TANGAN EXCO DAP DALAM PENJUALAN ARAK DIS.ALAM??

KINI MACAM ADIK DAN ABANG PULA GAMBAR MEREKA DI MEDIA!!

BILA SANDIWARA OPERA DAH HABIS UMNO DAN MEDIA PULA DISALAH KAN!!! ADILKAH ?? SILA BERI PANDANGAN !!





AKTIVITI SEPANJANG BULAN OGOS.

1Ogos 2009 - Mesyuarat Tahunan Perwakilan Wanita/ Pemuda / Puteri UBKR di ADTEC

2Ogos 2009 - Mesyuarat Tahunan Perwakilan Bahagian 2009

4Ogos 2009
8.30 malam - Penghayatan AlQuran Wanita UMNO Bukit Badak

6Ogos 2009 - Lawatan & Sumbangan kepada Warga Emas Terlantar , seorang pengasas Wanita UMNO& juga Ketua Wanita 1 Kg.Bkt.Naga
Majlis Tahlil Wanita UMNO Cawangan Bukit Badak

8Ogos 2009 - Wakil Perhubungan Wanita Negeri ke Mesyuarat Perwakilan PJU

10-11Ogos 2009 - Kursus D Kreatif Mencanting Batik
12Ogos 2009 - Yassin , Tahlil & Penyampaian Sumbangan OKU, Anak Yatim & Warga Emas
Sri Gambut
13Ogos 2009 - Yassin & Tahlil , kediaman Ketua Wanita

15Ogos 2009 - Motivasi Diri " Kenali Diri Anda Melalui Angka - Kelab Golf Kota Permai
anjuran Biro Peneranagn Wanita bersama Wanita Bandar Kota Kemuning

16Ogos 2009 - Pertandingan Bowling Piala Pusingan Ketua Wanita Bahagian

JOM Bowling !!
Sebelum menyambut Awal Ramadhan marilah kita kuatkan tenaga, melembutkan badan untuk kesihatan dengan menyertai Pertandingan Bowling Piala Pusingan Ketua Wanita Bahagian Puan Nahar .Setakat ini penyertaan amat menggalakan 20 lane telah ditempah di Alam Central !!
Wah hebat Wanita Kota Raja!!

18Ogos 2009 - Mesyuarat Wanita Bahagian

30Ogos 2009 - NUR BISTARI _ Tadarus Perdana, Solat Sunat Tasbih, Dhuha
& Ceramah 8.30 - 12.30t/hari di Surau Sri Gambut Bt.6 Bukit Naga

SELAMAT MENYAMBUT AWAL RAMADHAN KEPADA SEMUA WARGA ISLAM KOTA RAJA.
Assalamualaikum WBT! Awal Ramadhan hanya beberapa hari saja lagi . Ramadhan merupakan bulan yang begitu mulia bagi kita umat Islam ,marilah kita sama sama bersyukur kehadrat Allah SWT dengan membanyakkan ibadah dan membersihkan diri. Bagi menyahut Ramadhan yang mulia Pergerakan Wanita UMNO Kota Raja dan sebagai amalan tahunan sekali lagi Penghayatan Ramadhan akan diadakan.

SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR MENGIMARAHKAN RAMADHAN ALMUBARAK

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN PM


SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA

Dato Sri Najib Bin Tun Abd. Razak
Perdana Menteri Malaysia


SEMPENA MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN
YANG KE 56 PADA 23 JULAI 2009

Ikhlas daripada

Ketua dan Ahli-Ahli Jawatankuasa
Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Raja

KERATAN AKHBAR SINAR 12/7/2009


Klik pada imej untuk besarkan