Kunjung Hormat Ketua dan Exco Wanita UMNO Malaysia dan Pengerusi Pengerusi Biro bersama Isteri YAB Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor di Sri Satria Putra Jaya
Abdullah Bin Abas melaporkan, "Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah SWT akan menyediakan baginya jalan keluar bagi setiap kesusahan. Allah SWT juga menyediakan baginya penyelesaian bagi setiap keresahannya. Allah SWT juga memberikan kepadanya rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka" - Hadith riwayat Abu Daud
PANTUN PEMBUKA
" INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG, BERARAK DI CELAH PEPOHAN ARA, PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG, AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA."
PUAN NAHAR BINTI AHMAD P.J.K. KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA
Secebis Ungkapan
Syukur kehadrat Allah SWT atas segala rahmat yang telah diturunkan olehNya terhadap makhlukNya agar terus berusaha demi kemajuan. Bagi meningkatkan status Wanita yang telah diberi tiang seri untuk teguh berdiri, berupaya menerokai setiap peluang dan sanggup menongkah segala ranjau cabaran maka LAMAN WEB Pergerakan Wanita telah dapat dilaksanakan.
Pelaksanaan laman web ini merupakan hubungan diantara wanita bahagian dan peringkat akar umbi serta masyarakat seluruhnya bagi memastikan kesinambungan aktiviti pembangunan dan memperkasakan wanita.Wanita harus mampu untuk melibatkan diri dengan aktif secara moden dalam semua sektor dan pelbagai bidang agar ianya dapat diambil kira dan tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan Negara.
Bagi melihat dengan lebih dekat akan keberkesanan nya segala aktiviti dan isu isu semasa Wanita akan dimuatkan dalam laman web ini terutama aktiviti aktiviti yang telah dijalankan. Setakat ini segala sumbangan serta idea telah mendapat pengiktirafan dan perhatian dari masyarakat walau pun ketika itu belum diwujudkan laman web.
Diharap segala kegiatan sentiasa terlibat dan dilibatkan diperingkat akar umbi akan memberi seribu harapan melalui laman web Pergerakan wanita UMNO Kota Raja.
Sekian, Terima Kasih Wassalam
Nahar Ahmad PJK Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Raja
Pengerusi Tetap: Puan Hjh Juriah Binti Md Tohar Timb Pengerusi Tetap: Puan Rosmah Binti Dalimi Ketua: Puan Nahar Binti Ahmad Naib Ketua: Puan Hjh Siti Hasdiah Hj Kamso Penolong Setiausaha: Cik Hjh Nadzifah Binti Maarof Penolong Bendahari: Puan Patimah Binti Mat Ketua Penerangan: Puan Hjh Faridah Binti Osman Setiausaha Kerja: Puan Hjh Asmah Binti Yaakub
AJK:
1. Puan Hjh Ramlah Binti Sarion 2. Puan Nor Ajannah Binti Taffazul 3. Puan Ir Asiah Binti Ahmad Waridi 4. Puan Hjh Siti Mombaidah Binti Hj Parlan 5. Puan Samsiah Binti Hj Yaacob 6. Puan Miskiah Binti Kadis 7. Puan Zakiah Binti Che Mat 8. Puan Latifah Binti Omar 9. Puan Hjh Halimah Ali 10. Puan Habsah Abd Kadir 11. Puan Hamemah Binti Abd Majid 12. Puan Maisarah Binti Ahmad 13. Puan Noraini Amal Binti Mad Din 14. Puan Rokiah Binti Hasan 15. Puan Siti Norizan Binti Ibrahim
AJK Tambahan:
1. Puan Hjh Asmah Binti Yaakub 2. Puan Salina Binti Mohd Ali 3. Puan Napisah Binti Yaakub
Pemeriksa Kira-Kira
1. Puan Saadiah Md Yusof
2. Puan Rashidah A'ala
Pengerusi Dun Sri Muda Puan Nor Ajannah Bt Taffazul Pengerusi Dun Seri Andalas Puan Zakiah Bt Che Mat
Pengerusi Biro Penerangan Puan Hjh Faridah bt Osman
Pengerusi Biro Pembangunan, Ekonomi & Usahawan Puan Patimah bt Mat
Pengerusi Biro Amal Kebajikan & Sukan Puan Salina Bt Mohd Ali
Pengerusi Biro Aduan Penyelidikan & NGO Puan Noraini Amal Bt Mad Din
Pengerusi Biro Agama Pendidikan & Dakwah Puan Hjh Halimah Bt Hj Ali
Pengerusi Biro Pertanian, Hal Ehwal Pengguna & Koperasi Puan Latifah Bt Omar
Pengerusi Biro Latihan, Perpaduan & Kesenian Puan Nor Ajannah Bt Taffazul
Pengerusi Biro Kesastrian, Bencana & Sosial Puan Zakiah Bt Che Mat
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI WANITA
Resipi Anda Minggu ini!
KEK LAPIS KUKUS BISKUT MARIE
Bahan-bahannya 250 gram Biskut Marie ( Dihancurkan dan diayak ) 250 gram butter cup 150 gram gula castor 8 biji telor ayam 2 camca milo
Cara membuatnya; 1} Pukul Butter Cup dengan Gula Castor sampai kembang. 2) Masukkan Telor sebiji demi sebiji dan pukul sampai sebati. 3) Gaulkan semua bahan tadi dgn Biskut Marie yang telah diayak sehingga sebati. 4) Bahagikan kepada dua bahagian bahan-bahan yg dicampur tadi 5) Satu bahagian hendaklah di gaul dengan dua camca milo. 6) Setelah itu kedua-dua bahagin tadi hendaklah dikukus secara selang seli selama 10 minit. ( Cara penggukusan seperti Kuih Lapis ) 7) Setelah masak sejukkan dan sedia untuk dipotong dan dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA.
Shida Taman Sri Muda
PAI UBI KAYU
1kg.ubi kayu 1 tin Ideal Milk 500gm daging cincang 10ulas bawang kecil ( hiris halus) 1/2 cawan bawang goreng 2 ulas bawang putih 100gm mentega sedikit daun saderi dan daun bawang 1 sudu teh serbuk lada sulah
Cara : 1. Rebus ubi hingga lembut, sejukan dan di tumbuk hingga menjadi doh. 2. Ambil 3 sudu mentega dan panaskan. 3. Masukan 2 ulas bawang putih ditumis hingga kuning 4. Masukan daging cincang dan masak hingga daging masak. 5. Masukan daging cincang yang telah masak dalam ubi gaul rata. 6. Masukan susu cair, bawang hiris, lada sulah, mentega, daun saderi dan bawang goreng. 7. Gaul semua bahan bahan didalam ubi hingga sebati dan masukan garam mengikut rasa. 8. Masukan dalam acuan dan bakar hingga kuning. 9. Hias diatasnya apabila telah masak.
No comments:
Post a Comment