AKTIVITI BIRO BENCANA ALAM & KEMANUSIAAN WANITA UMNO MALAYSIA .

Pengerusi :
Nahar Ahmad bersama AJK



KEBAJIKAN

Program Turun Padang Biro Bencana Alam & Kemanusiaan Wanita UMNO Malaysia bersama Skuad Sayang di Seremban sempena mesyuarat Biro Bencana Alam .

Kenangan bersama 4 beradik yang ditinggalkan oleh kedua ibu bapa. Mereka dibela oleh nenek tiri serta belas ikhsan dari Wanita Cawangan dikawasan berdekatan.Hanya baru beberapa bulan mereka dapat merasakan kehidupan sebagai rakyat Malaysia apabila mendapat surat beranak dan kad pengenalan untuk memboleh kan mereka kesekolah atas usaha Wanita UMNO. Allah maha berkuasa dan menentukan segalanya. Ibu yang telah menghilang akhirnya dapat dikesan dan hanya mampu terbaring dan lumpuh.
PROGRAM BULAN MACH DAN APRIL.

1. 27 - 28hb Mach 2010 - Kursus Motivasi
Pelajar tahun 4 dan 5 ( SPM) di Taman Alam Megah- seramai 200 orang
pelajar akan menyertai program ini dimana ianya akan memberi fokus kepada Agama dan
motivasi diri .

2. 30-31hb Mach 2010 - JEJARI BISTARI Kraftangan
Berminat sila hantar nama, no k/p , tel dan alamat untuk pendaftaran ke talian o3-51226060 .

3. 01hb April 2010 - Program JR Kebajikan

4. 14hb April 2010 - Kursus Motivasi Diri & Pidato

taklimat gerakerja jalinan rakyat
















Perarakan MaulidurRasul bersama MPWK Kota Raja dan RT Taman Sentosa




Program diadakan pada petang hari Jumaat 26-2-2010 selepas solat Jumaat. Sebanyak 20 pasukan telah menyertai Perarakan ini.

Program Gotong Royong Bubur Asyura Perdana dan Ceramah sempena menyambut bulan Muharram





Program telah diadakan pada 1-1-2010 di Surau Al Muttaqin Taman Seri Andalas. Ceramah agama telah disampaikan oleh Y.Bhg Ustazah Sarijah Bejo.

KURSUS MOTIVASI ( SOLAT HAJAT,YASSIN DAN CERAMAH )UNTUK PELAJAR TAHUN 3&5 YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA KEMUNING


Tarikh : 4hb.Oktober 2009 -
Masa : 8.00pagi - 12.00t/hari
tempat : Surau Al- Hijrah Bukit Kemuning

Ibu bapa yang mempunyai anak anak belajar diSMK Kota Kemuning dijemput hadir bersama bagi mengimarahkan progran dan memberi semangat untuk kejayaan anak anak kita . Kehadiran Ibu Bapa memberikan seribu pengertian untuk menjamin masa hadapan anak anak.



SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA IBU TUNGGAL, ASNAF,WARGA EMAS DAN OKU .

Tarikh : 4hb.Oktober 2009
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Lot 3761 Lorong Hj.Said Jalan Kebun Shah Alam.

WARGA KOTA RAJA DAN SAHABAT DIJEMPUT HADIR.
NUR HIDAYAH -TADARUS PERDANA

Program tahunan ini merupakan program tahunan dan diadakan dikawasan yang berlainan pada setiap tahun .Prgram ini mendapat sambutan yang begitu baik dari kalangan masyarakat tanpa mengira idologi politik.Majlis bermula seawal pagi dengan acara Tadarus,berkhatam Quran, Solat solat Sunat dan Ceramah







PROGRAM D'CREATIVE - MENCANTING BATIK
KEBAJIKAN - JALINAN KASIH

Prgram turun padang sentiasa diamalkan tanpa
mengira masa dan tempat kerana matlamat
perjuangan ditumpukan kepada masyarakat
terutama bagi yang memerlukan.Ketua dan
AJK tidak pernah merasa kesal dan mengeluh
untuk mencari bantuan bagi menguatkan lagi kerja kerja amal jariah kebajikan kepada yang memerlukan.Malah usaha sebegini menjadi suatu keinsafan untuk membantu dan mendekati masyarakat. Dengan cara sebegini masyarakat akan sedar bahawa UMNO merupakan parti yang satu satu nya telah memberi banyak keistimewaan kepada masyarakat sejak dari mula ianya ditubuhkan






BIRO SUKAN-BOWLING

BIRO AGAMA -MARHABAN
Wawancara di BERNAMA TV 'Peranan Wanita'