SENADA.

TAHNIAH DAN SYABAS YBHG.DATO' SERI SHAHRIZAT ABD.JALIL !!

Atas keinsafan untuk memperjuangkan pembelaan Wanita Islam maka SENADA telah pun ditubuhkan pada 20hb.Jun 2009 bersamaan 16 jamadil Akhir 1429H.Seorang insan yang sentiasa bersemangat dan prihatin akan pembelaan Wanita Islam telah dibukakan hatinya oleh Allah SWT untuk meneruskan jihadnya memperjuangkan hak hak wanita.Dengan tertubuhnya SENADA yang secara tidak langsung melibatkan kepimpinan wanita diperingkat bahagian maka dapatlah diimplikasikan pelaksanaan nya terutama dalam menentukan tidak wujudnya diskriminasi terhadap wanita, perundangan, pembangunan dan kebajikan wanita.

Tanggal 11hb.Mach 2009 satu Konvensyen dan Bengkel Pelan Tindakan telah diadakan di Sime Darby Conventional Centre K.Lumpur.Hakim Syariah Negara bersama beberapa Hakim Negeri telah diundang untuk memberikan penerangan tentang perundangan syariah.
Selaku Wanita Islam yang ingin memeperjuangkan hak hak Wanita Islam maka Wanita Kota raja juga tidak ketinggalan menyertai konvensyen tersebut agar segala ilmu dan pengalaman dapat di salurkan kepada masyarakat Kota Raja.Insyaallah perjuangan yang murni ini akan dapat diteruskan demi Wanita Islam Kota Raja

WANITA NADI NEGARA
HARUS TERUS BERSUARA
JANGAN MUDAH KECEWA
HARTA MASA JANGAN DIKIRA
DEMI PERJUANGAN BANGSA
BERSATULAH SESAMA KITA
WANITA ISLAM HARUS DIBELA
AGAR MENJADI INSAN YANG MULIA

Nahar Ahmad PJk
Ketua wanita

PERTANDINGAN KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA.

Pertandingan hanya tinggal 2 minggu sahaja.
Masyarakat diseluruh negara terutama ahli Wanita UMNO tertanya tanya dan mencongak congak adakah kepimpinan Wanita akan berubah?
PERUBAHAN ?? FIKIR FIKIRKANLAH!! namun angin yang meniup sepoi sepoi saban hari nampak berubah dengan menurunkan air untuk dibasahi hingga ke akar umbi menginginkan perubahan.Perbualan dikedai kedai kopi atau dicerok cerok dapur.bukan hanya setakat wanita malah kaum lelaki juga begitu ghairah mengikuti perkembangan ini.Bukan hanya perubahan yang diinginkan oleh Wanita UMNO tetapi ianya mestilah mampu membawakan pembaharuan dalam Pergerakan Wanita setanding dengan wanita lain mengikut dunia globalisasi yang tanpa sempadan.Kekalahan di PRU lalu telah menukarkan corak Wanita untuk lebih bersaing menguatkan lagi parti UMNO demi perjuangan yang sebenar benarnya.Wanita Harapan bangsa dan penyeri seisi keluarga!! Ayuh marilah kita renungkan dan merasai angin sepoi yang akan menurunkan air untuk menyejukan badan yang telah lama kepanasan.Jangan dibiarkan panas dibadan menjadi histeria yang akan menghancurkan perjuanagn kita. Keputusan ditangan perwakilan !Buatlah keputusan yang bijak demi masa depan Wanita UMNO!!

BIJAK MEMILIH MENANG MEMAKAI.

ADAKAH ISA MASIH RELEVAN?


SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA YB DATO' SERI SYED HAMID ALBAR SYED JAAFAR ATAS KEJAYAAN PROGRAM TOKOH BICARA


YA!! ianya masih diperlukan demi menjamin kesetabilan Negara. Itulah kata kata yang tersirat dihati rakyat yang inginkan keamanan negara agar tidak dikacau gugat oleh sesetengah pihak.Terima Kasih kepada Kementerian Dalam Negeri serta pegawai pegawai dan beberapa ahli politik yang telah dapat menjayakan program Tokoh Bicara dibeberapa negeri bersama menterinya Yang Berhormat Dato' Seri Syed Hamid Albar.Penerangan yang diberikan oleh ahli panel yang terdiri dari beberapa bekas tahanan ISA begitu menakjubkan hingga mendapat sambutan yang luar biasa. Selaku ahli UMNO kami tidak ketinggalan menyahut program ini untuk diadakan dan secara tidak langsung telah dapat bersama menyokong serta menjayakan nya.

Wanita & Undang-Undang

Peguam Syarie Menulis: Mahkamah Syariah selari kehendak Perlembagaan
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar (Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia)


Persetujuan ibu atau bapa bagi tukar agama anak bawah 18 tahun jelas ikut undang-undang. Jabatan Agama dan Mahkamah Syariah difitnah lagi. Ketua Biro Pendidikan Politik MCA, Gan Ping Sieu menempelak keputusan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan yang dikatakan membenarkan seorang bayi berusia 15 bulan, memeluk Islam.

Tindakan memeluk Islam itu dibuat secara berseorangan oleh ibu kandung bayi berkenaan Siti Zubaidah Chew Abdullah tanpa persetujuan bapa. Mahkamah Syariah Seremban juga sudah memberi hak penjagaan sementara kepada Siti Zubaidah bagi menjaga anaknya itu.

Maka pelbagai tohmahan dilontarkan kepada Jabatan Agama dan Mahkamah Syariah akibat ketidakpuasan hati mereka. Antaranya, seperti dilaporkan dalam akhbar berbahasa Inggeris tempatan dan laman web malaysiakini.com iaitu:

* Keputusan berkenaan adalah suatu penghinaan kepada mana-mana sistem keadilan;
* Mahkamah Syariah mengambil kesempatan atas masalah yang melanda pasangan dan
keluarga itu, dan
* Hak penjagaan anak mesti diputuskan oleh Mahkamah Sivil kerana anak itu lahir
daripada perkahwinan sivil dan Mahkamah Syariah tidak ada bidang kuasa ke atas
orang bukan Islam.

Malah, MCA menyifatkan keputusan menukar agama kanak-kanak bukan Islam berusia 15 bulan sebagai 'keghairahan agama berlebihan' dan 'salah guna sewenang-wenangnya' tafsiran Perlembagaan Persekutuan.

Gan juga menyatakan kekecewaan dengan tindakan mengambil kesempatan melalui proses perundangan syariah sehingga menjejaskan pasangannya dan anggota keluarga suami.

Tuduhan sebegini amat keterlaluan yang muncul daripada kejahilan mereka sendiri berkaitan Perlembagaan Persekutuan daripada sudut penafsiran, kerangka dan sejarahnya. Malah, ia juga meminggirkan keputusan Mahkamah Sivil sendiri. Kenyataan Gan menyinggung perasaan orang Islam. Gan juga gagal memahami dwi sistem perundangan yang diamalkan di negara kita.

Perkara 12 (3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: "Tiada seorangpun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri."

Perkara 12 (4) pula menegaskan: "Bagi maksud Fasal (3), agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya."

Jelas peruntukan yang disebut itu membenarkan salah seorang ibu atau bapa menukar agama anaknya. Perlembagaan Persekutuan yang juga undang-undang tertinggi memperuntukkan sedemikian. Jika kita menjunjung Perlembagaan itu sudah tentu kita mengakui hakikat keputusan Mahkamah Syariah adalah selari dengan kehendak Perlembagaan.

Sebenarnya ada beberapa kes Mahkamah Sivil iaitu Chang Ah Mee dan Gengga Devi Chelliah yang memutuskan bahawa persetujuan kedua ibu bapa diperlukan untuk menukar agama anak di bawah 18 tahun. Namun, Mahkamah Tinggi Johor Bahru dalam kes Nenduchelian memutuskan hanya kebenaran salah seorang ibu bapa saja diperlukan. Dalam hal demikian ada perbezaan keputusan antara mahkamah berkenaan.

Namun, perbezaan keputusan sudah diselesaikan oleh keputusan mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan. Ini kerana, baru-baru ini Mahkamah Persekutuan memutuskan dalam kes Subahsini dan Saravanan bahawa salah seorang ibu bapa boleh menukar agama anak kecilnya itu.

Oleh demikian, kedudukan undang-undang ini sudah pun diselesaikan dan mahkamah bawahan tidak mempunyai pilihan lain selain mengikuti keputusan itu.

Jika Gan tidak menerima keputusan Mahkamah Syariah kenapa pula keputusan Mahkamah Sivil ini tidak diperlekehkan? Adakah Gan mempunyai agenda tertentu dalam komentarnya itu?

Tidak timbul soal mengambil kesempatan dalam sebarang situasi. Sebenarnya Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dan tidak bertanding antara keduanya. Masing-masing mempunyai bidang kuasa tertentu dan tidak
melangkaui batasan yang digariskan itu. Hakikat ini amat dipertahankan oleh kedua-dua mahkamah namun pihak ketiga pula yang gagal mengamati hikmahnya, lantaran desakan emosi serta minda yang tertutup.

Lebih menghairankan, Gan langsung tidak menyentuh ketidakadilan yang berlaku kepada mualaf dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Apa yang ingin digambarkan oleh Gan ialah akta itu adalah akta terbaik yang tiada cacat celanya dan adil kepada semua pihak.

Penulis mengambil contoh seksyen 51 akta berkenaan hanya memberi kuasa kepada pihak yang tidak memeluk Islam saja memohon membubarkan perkahwinan mereka. Bagi mualaf yang memeluk Islam, hak mereka langsung tidak diberikan untuk membubarkan perkahwinan itu.

Mereka langsung tidak mempunyai pilihan di Mahkamah Sivil, sebaliknya terpaksa menunggu pasangan yang tidak memeluk Islam memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di Mahkamah Sivil barulah boleh memohon sesuatu di mahkamah sedangkan keIslaman mereka sudah diiktiraf dan dijamin Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 11 menganut dan mengamalkan agamanya.

Oleh itu, mereka tidak mempunyai pilihan selain menoleh ke Mahkamah Syariah untuk memutuskan kedudukan mereka di sisi hukum syarak. Tatkala berbuat demikian, mereka diterjah pelbagai tohmahan mengatakan mereka melakukan penindasan dan sebagainya.

Sebenarnya, mualaf inilah yang ditindas oleh Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 itu. Mengapa Gan langsung tidak menyentuh hal demikian dan tidak menyarankan supaya seksyen 51 itu dipinda? Ini persoalan besar yang harus dijawab oleh Gan.

Memanglah diakui mencari jalan penyelesaian yang memuaskan hati semua orang adalah amat sukar. Oleh itu, kita mesti berbalik kepada asas dan kerangka perlembagaan itu sendiri. Malah, keputusan Mahkamah Sivil juga memihak kepada Mahkamah Syariah. Ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan dan terimalah hakikat itu.

Mahkamah Syariah memutuskan pertikaian berdasarkan kepada nas agama. Amat keterlaluan jika dikatakan Mahkamah Syariah terlalu ghairah dalam agama. Agama adalah tunjang Mahkamah Syariah dan tiada istilah ghairah dalam perjalanan prosiding Mahkamah Syariah.

Segala-galanya sudah ditunjukkan oleh agama. Oleh demikian, orang bukan Islam perlu lebih sensitif dan memahami perasaan orang Islam. Orang Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam tetapi apabila seseorang itu sudah Islam adalah menjadi tanggungjawab orang Islam membantu saudara seagamanya tanpa mengira sama ada mereka dilahirkan Islam atau baru memeluk agama Islam.

Hakikatnya ialah Gan dan MCA yang sebenarnya terlalu ghairah memperlekehkan institusi Islam tanpa membuat penyelidikan mengenai kedudukan undang-undang dan perlembagaan.

dikirim oleh Rashidah A'ala

Perarakan & Sambutan Maulidur Rasul 1430H




Bagi menghayati kelahiran junjungan besar Nabi Muhamad SWT Majlis Membangunan Wanita & Keluarga(MPWK) Kota Raja telah menunaikan satu ibadah perjuangan dimana satu majlis sambutan telah dilaksanakan diMasjid Al-Munawarah Taman Alam Megah pada 9hb Mach 2009( 9 Rabiulawal 1430 hijrah)Majlis dimulakan dengan Perarakan sejauh 2km dan disertai oleh 1000 peserta diikuti dengan Ceramah Agama. bagi mengimarahkan lagi sambutan Maulidulrasul pada hari tersebut pertandingan Sepanduk juga telah diadakan. Majlis telah diwar warkan di dalam akhbar SINAR HARIAN pada keesokan harinya.

Majlis tersebut telah memberikan kesedaran kepada masyarakat dikawasan Alam Megah akan kebesaran junjungan Nabi Muhamad SWT.Allah telah membuka hati setiap insan untuk duduk bersama bersatu mengimarahkan semangat perjuanagn Islam tanpa mengira parti dan perjuangan masing masing. Alhamdullilah pemimpin PAS yang juga Nazir masjid tersebut serta imam & barisan AJK Masjid begitu ceria bersama menjayakan nya walau pun sebelum ini masjid Al Munawarah di sebut sebagai kubu kuat parti pembangkang. Insyaallah niat yang murni telah dimakbulkan Allah SWT. Doa kami ahli MPWK hanyalah satu iaitu Menegakan Syiar Islam bertamaddun demi masa depan orang melayu.

Islam mebawa perpaduan Ummah !!
Salam,
Nahar Ahmad PJK
Ketua Wanita UMNO Bahagian merangkap
Pengerusi MPWK Kota Raja.