KURSUS MOTIVASI ( SOLAT HAJAT,YASSIN DAN CERAMAH )UNTUK PELAJAR TAHUN 3&5 YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR DAN SPM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA KEMUNING


Tarikh : 4hb.Oktober 2009 -
Masa : 8.00pagi - 12.00t/hari
tempat : Surau Al- Hijrah Bukit Kemuning

Ibu bapa yang mempunyai anak anak belajar diSMK Kota Kemuning dijemput hadir bersama bagi mengimarahkan progran dan memberi semangat untuk kejayaan anak anak kita . Kehadiran Ibu Bapa memberikan seribu pengertian untuk menjamin masa hadapan anak anak.



SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA IBU TUNGGAL, ASNAF,WARGA EMAS DAN OKU .

Tarikh : 4hb.Oktober 2009
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Lot 3761 Lorong Hj.Said Jalan Kebun Shah Alam.

WARGA KOTA RAJA DAN SAHABAT DIJEMPUT HADIR.
NUR HIDAYAH -TADARUS PERDANA

Program tahunan ini merupakan program tahunan dan diadakan dikawasan yang berlainan pada setiap tahun .Prgram ini mendapat sambutan yang begitu baik dari kalangan masyarakat tanpa mengira idologi politik.Majlis bermula seawal pagi dengan acara Tadarus,berkhatam Quran, Solat solat Sunat dan Ceramah







PROGRAM D'CREATIVE - MENCANTING BATIK
KEBAJIKAN - JALINAN KASIH

Prgram turun padang sentiasa diamalkan tanpa
mengira masa dan tempat kerana matlamat
perjuangan ditumpukan kepada masyarakat
terutama bagi yang memerlukan.Ketua dan
AJK tidak pernah merasa kesal dan mengeluh
untuk mencari bantuan bagi menguatkan lagi kerja kerja amal jariah kebajikan kepada yang memerlukan.Malah usaha sebegini menjadi suatu keinsafan untuk membantu dan mendekati masyarakat. Dengan cara sebegini masyarakat akan sedar bahawa UMNO merupakan parti yang satu satu nya telah memberi banyak keistimewaan kepada masyarakat sejak dari mula ianya ditubuhkan






BIRO SUKAN-BOWLING

BIRO AGAMA -MARHABAN
Wawancara di BERNAMA TV 'Peranan Wanita'

SKUAD SAYANG BIRO BENCANA ALAM & KEMAANUSIAAN
WANITA UMNO SELANGOR /MALAYSIA

"MANGSA RIBUT TAUFAN PULAU INDAH".


JALINAN RAKYAT
"MASIH ADA YANG SAYANG"






















Anak kepada Ibu Tunggal berumur 25 tahun
yang nasib begitu malang setelah ditimpa kemalangan
dan terlantar hampir 4 bulan tanpa apa
apa bantuan. Usaha telah pun dibuat melalui JKM


KEBAJIKAN - Jalinan Rakyat
Eh,eh, Dr.Mariah pun ada bersama?? Menyahut seruan PM Dato'Seri Najib "RAKYAT DIDAHULUKAN". Wanita Kota Raja sentiasa teruja apabila menerima berita tentang warga tua yang sedang tenat apatah lagi ibu ini adalah Ketua Wanita 1 yang mewujudkan UMNO Cawangan Kg.Bukit Naga bersama suami beliau. Namun Allah lebih menyayangi beliau dalam keadaan yang begini.Beliau telah kembali kerahmatullah selepas lawatan dan sumbangan dari Pergerakan Wanita UMNO Bahagian. Dalam menunaikan tanggung jawab sebagai insan Allah Pergerakan Wanita Bahagian ketepikan seketika kepentingan politik walau pun terpaksa bersama ahli Parlimen PAS Dr. Mariah.
SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT TERUTAMA WARGA KOTA RAJA.

MARILAH KITA BERDOA SEMOGA SEGALA AMALAN KITA DIBULAN YANG MULIA INI DI TERIMA ALLAH SWT DAN DILINDUNGI DARI SEGALA BENCANA . SATUKANLAH HATI MEREKA YANG TELAH LARI DARI PERJUANGAN SEBENAR DEMI KEPENTINGAN KEPERIBADIAN. BERILAH UMAT ISLAM PEDOMAN KEJALAN YANG DIREDAI OLEH MU YA ALLAH AGAR NEGARA INI MENJADI SATU NEGARA YANG HARMONI DARI ANCAMAN YANG TIDAK DIUNDANG!!



KEPADA NEGARAWAN DAN SAHABAT HANDAI YANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH DALAM BULAN PUASA INI MARILAH KITA BERDOA DAN BERSEDEKAH AL-FATIHAH AGAR ROH MEREKA DITEMPATKAN DISISI ORANG YANG SOLEH! AMEEN!!!
APA PANDANGAN ANDA TENTANG EXCO PAS YANG MELENTING MARAHKAN CAMPUR TANGAN EXCO DAP DALAM PENJUALAN ARAK DIS.ALAM??

KINI MACAM ADIK DAN ABANG PULA GAMBAR MEREKA DI MEDIA!!

BILA SANDIWARA OPERA DAH HABIS UMNO DAN MEDIA PULA DISALAH KAN!!! ADILKAH ?? SILA BERI PANDANGAN !!





AKTIVITI SEPANJANG BULAN OGOS.

1Ogos 2009 - Mesyuarat Tahunan Perwakilan Wanita/ Pemuda / Puteri UBKR di ADTEC

2Ogos 2009 - Mesyuarat Tahunan Perwakilan Bahagian 2009

4Ogos 2009
8.30 malam - Penghayatan AlQuran Wanita UMNO Bukit Badak

6Ogos 2009 - Lawatan & Sumbangan kepada Warga Emas Terlantar , seorang pengasas Wanita UMNO& juga Ketua Wanita 1 Kg.Bkt.Naga
Majlis Tahlil Wanita UMNO Cawangan Bukit Badak

8Ogos 2009 - Wakil Perhubungan Wanita Negeri ke Mesyuarat Perwakilan PJU

10-11Ogos 2009 - Kursus D Kreatif Mencanting Batik
12Ogos 2009 - Yassin , Tahlil & Penyampaian Sumbangan OKU, Anak Yatim & Warga Emas
Sri Gambut
13Ogos 2009 - Yassin & Tahlil , kediaman Ketua Wanita

15Ogos 2009 - Motivasi Diri " Kenali Diri Anda Melalui Angka - Kelab Golf Kota Permai
anjuran Biro Peneranagn Wanita bersama Wanita Bandar Kota Kemuning

16Ogos 2009 - Pertandingan Bowling Piala Pusingan Ketua Wanita Bahagian

JOM Bowling !!
Sebelum menyambut Awal Ramadhan marilah kita kuatkan tenaga, melembutkan badan untuk kesihatan dengan menyertai Pertandingan Bowling Piala Pusingan Ketua Wanita Bahagian Puan Nahar .Setakat ini penyertaan amat menggalakan 20 lane telah ditempah di Alam Central !!
Wah hebat Wanita Kota Raja!!

18Ogos 2009 - Mesyuarat Wanita Bahagian

30Ogos 2009 - NUR BISTARI _ Tadarus Perdana, Solat Sunat Tasbih, Dhuha
& Ceramah 8.30 - 12.30t/hari di Surau Sri Gambut Bt.6 Bukit Naga

SELAMAT MENYAMBUT AWAL RAMADHAN KEPADA SEMUA WARGA ISLAM KOTA RAJA.
Assalamualaikum WBT! Awal Ramadhan hanya beberapa hari saja lagi . Ramadhan merupakan bulan yang begitu mulia bagi kita umat Islam ,marilah kita sama sama bersyukur kehadrat Allah SWT dengan membanyakkan ibadah dan membersihkan diri. Bagi menyahut Ramadhan yang mulia Pergerakan Wanita UMNO Kota Raja dan sebagai amalan tahunan sekali lagi Penghayatan Ramadhan akan diadakan.

SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR MENGIMARAHKAN RAMADHAN ALMUBARAK

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN PM


SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA

Dato Sri Najib Bin Tun Abd. Razak
Perdana Menteri Malaysia


SEMPENA MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN
YANG KE 56 PADA 23 JULAI 2009

Ikhlas daripada

Ketua dan Ahli-Ahli Jawatankuasa
Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Raja

KERATAN AKHBAR SINAR 12/7/2009


Klik pada imej untuk besarkan


BORANG PENYERTAAN PROGRAM " WANITA!! JOM BERSUKAN " PWUBKR

Salam perpaduan. Kepada anda yang ingin menyertai aktiviti-aktiviti program " Wanita! Jom Bersukan " yang dianjurkan oleh Biro Amal Kebajikan dan Sukan, Sila klik dibawah untuk mendapatkan borang penyertaan.

1. Kejohanan Futsal Klik Di Sini

2. Pertandingan Berbasikal Lambat & Hiasan Basikal Klik Di Sini

Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita



ANJURAN
JABATAN PEMBANGUNAN WANITA NEGERI SELANGOR
DENGAN KERJASAMA MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA PARLIMEN KOTA RAJA DAN SEK KEB ALAM MEGAH 2
PENCERAMAH KHAS
PUAN SUZANA BT GHAZALI
( PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA )

Tarikh : 4 Julai 2009 Masa : 8.30pg hgga 1.00ptg
Bertempat di Sekolah Rendah Kebangsaan Alam Megah 2
"Datanglah Beramai-ramai"
"Fahami Hak-Hak Anda Menurut Undang-Undang"

PROGRAM ;

1. Kebajikan Manik Urai - Belalah masyarakat Manik Urai yang begitu memerlukan
bantuan kerana mereka hidup terurai urai tanpa dibelai.



2. Mengadakan mesyuarat khas pada setiap minggu hari rabu bagi gerak kerja
Wanita dan persiapan menjelang Mesyuarat Perwakilan Wanita Bahagian.

3. Menganjurkan Majlis Doa Selamat rumah baru bekas Ketua Wanita
Pertama Kg.Telok Menegon yang baru dibina dalam projek PPRT

4. Menziarahi serta membantu menguruskan jenazah dan mengadakan
Majlis Tahlil dirumah salah seorang AJK Cawangan Sri nadi yang suami nya
di bunuh ketika rompakan diKilang besi Buruk jalan Bkt.Kemuning

5. Mengadakan Majlis Tahlil & Yassin serta penyerahan Sumbangan
Kebakaran rumah Puan Fadillah Kanu

6. Menziarahi kematian ahli cawangan Jalan Raja Nong

7. Kursus Pecambahan Minda Wanita Selangor sesi 1- 4 orang peserta

8. Kursus pecambahan Minda sesi k2 Wanita Selangor - 10 orang peserta
Perasmian Serentak mesyuarat Cawangan Cawangan telah disempurnakan di ADTEC pada 5hb Jun 2009 oleh Ketua Bahagian Tn Ir.Kamaruzaman Johari





Mesyuarat Cawangan Cawangan



















Program Ekonomi UMNO Cawangan Bukit Badak

Menjana Pendapatan sambil Makan makan!!
Hi Dunia Cyber! apa pun boleh jadi ,Begitu kyusuk peserta mendengar, Apa agaknya rahsia ??



MAKLUMAN!!

Mesyuarat Khas Wanita setiap minggu bermula 10hb Jun 2009 ( Rabu)sehingga tamat Persidanagn Cawangan Cawangan;

Tarikh : 10/06/09 , 16/06/09, 24/06/09 01/07/09

MAJLIS TAHLIL DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA KEPADA MANGSA KEBAKARAN PUAN FADILLAJ KANU.

Tarikh : 17/06/09
Tempat : Kediaman Guru Puan Rosmah Dalimi Lipat Kajang
Masa : Lepas Solat Maghrib
SEMUA DIJEMPUT HADIR !!!


AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN
1. Mesyuarat pada 26/05/09
2. Menziarah keluarga Warga Emas meninggal dunia dan menghulurkan sumbangan diTmn.Sri
Menegon
3. Menziarah dan membantu mangsa kebakaran Puan Fadilah Kanu

BIRO AGAMA.
1. Mengadakan Majlis Tahlil dan Yassin Taman Johan Setia

BIRO PENERANGAN
1. Taklimat Penerangan Wanita UMNO Selangor 06/06/09
2. Mesyuarat AJK 08/06/09
3. Kursus Penerangan Wanita UMNO Selangor 11/06/09

MESYUARAT CAWANGAN CAWANGAN BERMULA 06HB - 28HB JUN 2009

PERTANDINGAN BOWLING ZON 9 UBKR

WOW!! HEBAT !HEBAT!

Artis pun seronok bersama peserta peserta Bowling. TAHNIAH WAK MOH! Pengerusi Pertandingan Bowling Zon 9.

TAKWIM AKTIVITI PERGERAKAN WANITA 2009

JUN -
KURSUS EKONOMI &USAHAWAN
PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SPM,PMR

JULAI -
PROGRAM KESIHATAN BERSAMA KOMPONEN BN
KURSUS IT - BERSIRI
KURSUS KEGANASAN TERHADAP WANITA

OGOS -
MESYUARAT PERWAKILAN WANITA/BAHAGIAN
KURSUS BINA DIRI KEARAH PERJUANGAN
TADARUS PERDANA

SEPTEMBER -
SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA ANAK YATIM,OKU DAN ASNAF
HARI RAYA

OKTOBER -
MERAIKAN BAKAL HAJI

DISEMBER -
MAJLIS AMAL MAKAN MALAM / HITEA

PROGRAM WANITA UBKR

Kursus Jejari Bistari
Tarikh : 8-9hb Mei 2009.
Tempat : UBKR

Kursus Wanita Cemerlang Keluarga Bahagia
Tarikh : 8-10hb Mei 2009
Tempat : Hotel Impian Morib

Taklimat Persidangan Wanita Cawangan Cawangan DUN Sri Muda
Tarikh : 19hb Mei 2009
Tempat : UBKR

Taklimat Persidangan Wanita Cawangan2 DUN Sri Andalas
Tarikh : 20hb Mei 2009 -
Tempat : UBKR

Kursus Usahawan bersama Kelab Veteran Utusan Malaysia
Tarikh : 24hb Mei 2009
Tempat : Hotel Flamingo KL

SAMBUTAN HARI IBU DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ALAM MEGAH 2

KURSUS KEMANTAPAN UBKR

KURSUS KEMANTAPAN UBKR DAN PERSEMBAHAN KUMPULAN SERTA ACARA MEMOTONG PULUT KUNING SEBAGAI TANDA KESYUKURAN UMNO KE 63 TAHUN DI PORT DICKSON

Mesyuarat dan Perlantikan Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor

Mesyuarat dan Perlantikan Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor

Kunjung Hormat Ketua dan Exco Wanita UMNO Malaysia dan bersama Isteri YAB Perdana Menteri

Kunjung Hormat Ketua dan Exco Wanita UMNO Malaysia dan Pengerusi Pengerusi Biro bersama Isteri YAB Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor di Sri Satria Putra Jaya



Program Kebajikan Pergerakan Wanita&Puteri Zon9 Jalan Kebun
Sambutan Hari Ibu juga diraikan sempena Penubuhan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bandar Putera



Menyampaikan Taklimat diPenubuhan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bandar Putera
AKTIVITI AKTIVITI WANITA UNTUK BULAN MEI.

1. Kursus "Wanita Cemerlang" JPWN & MPWK
Tarikh : 8hb - 10hb Mei 2009
Tempat : Hotel Impian Morib, Selangor

2. Program Jejari Bistari
Tarikh : 8hb -9hb Mei 2009
Tempat : Tkt.1.Bilik Mesyuarat UBKR

3. Sambutan Hari Ibu bersama Kelab Warisan Shah Alam
Tarikh : 16hb Mei 2009

4. Kursus Kemantapan UBKR
Tarikh : 15hb-17hb 09
Tempat : Glory Beach Resort PD.

PROGRAM KEBAJIKAN


Dalam kesibukan dengan tugas politik namun kebajikan masyarakat tidak pernah diabaikan."Program Cari"sedang giat diusahakan oleh AJK Wanita bagi memantau orang Asnaf, Ibu Tunggal yang tidak berkemampuan, Anak Yatim dan OKU serta permasaalahan Ibu Tunggal yang tidak terbela apabila diceraikan oleh suami.Program ini merupakan satu amanat dari Kerajaan BN yang sejak dari dulu lagi sentiasa mengamalkan kebajikan rakyat walau pun tidak pernah digembar gemburkan sebagai Kerajaan Kebajikan.

Kebajikan yang akan dilaksanakan ini jika diluluskan oleh pihak Kementerian merupakan satu kebajikan dan amal jariah yang dapat membantu mereka yang memerlukan menjalani hidup seperti orang lain tanpa ada birokrasi

Masyarakat hari ini harus sedar kerana segala kesenangan yang kita dapati hari ini adalah atas usaha perjuangan datuk nenek moyang kita dahulu selepas kemerdekaan apabila UMNO ditubuhkan.
Segala usaha pencarian ini akan dipanjangakan kepada pihak JKM dan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.Inilah seruan Menterinya yang di terajui oleh YB Senator Dato Seri Shahrizat Jalil diucapan beliau di Program JOM SEPAKAT"Sri Menegon baru baru ini.





KURSUS MOTIVASI SEKOLAH SEKOLAH KAWASAN KOTA RAJA OLEH PUTERI UMNO BAHAGIAN




Wanita berjuang dengan kebajikan,Pemuda dengan gerak gempur manakala Puteri pula dengan pendidikan memastikan remaja tidak tersalah langkah dalam arus globalisasi tanpa sempadan.Motivasi kearah remaja dipertingkatkan. Sebagai sayap muda dalam parti UMNO peranan Puteri begitu penting mendekati remaja manakala Wanita menjadi ibu dan penasihat menentukan remaja menjadi satu generasi yang terbilang dimasa hadapan.Itulah sebenarnya perjuangan 3 sayap UMNO dalam memperjuangkan bangsa dan negara.Cukup molek ada asam garam dan gula untuk diolah.jika sukatan nya sama rasa maka berjayalah perjuangan kita.

Program "JOM SEPAKAT" Taman Sri Menegon










PROGRAM TURUN PADANG UMNO BAHAGIAN BERSAMA ZON 7 BUKIT NAGA

TAHNIAH diucapkan kepada Pengerusi & Ketua Ketua Cawangan dalam Zon 7 yang telah berjaya menganjurkan program dengan kehadiran yang begitu ramai. Hampir 2000 kehadiran telah membanjiri kawasan Dewan MBSA terdiri dari masyarakat Bukit Naga.Inilah harapan Ketua Bahagian Tn.Ir.Hj.Kamaruzaman Johari bersama barisan kepimpinan nya mengharapkan agar UMNO Kota Raja dapat memainkan peranan yang lebih agresif mendekati masyarakat sekeliling untuk menarik hati masyarakat kembali kepangkuan UMNO setelah kalah diPRU12 yang lalu.harapan yang begitu tinggi dan keikhlasan perjuanagn beliau diharap dimakbulkan Allah S.W.T.