PROGRAM KEBAJIKAN


Dalam kesibukan dengan tugas politik namun kebajikan masyarakat tidak pernah diabaikan."Program Cari"sedang giat diusahakan oleh AJK Wanita bagi memantau orang Asnaf, Ibu Tunggal yang tidak berkemampuan, Anak Yatim dan OKU serta permasaalahan Ibu Tunggal yang tidak terbela apabila diceraikan oleh suami.Program ini merupakan satu amanat dari Kerajaan BN yang sejak dari dulu lagi sentiasa mengamalkan kebajikan rakyat walau pun tidak pernah digembar gemburkan sebagai Kerajaan Kebajikan.

Kebajikan yang akan dilaksanakan ini jika diluluskan oleh pihak Kementerian merupakan satu kebajikan dan amal jariah yang dapat membantu mereka yang memerlukan menjalani hidup seperti orang lain tanpa ada birokrasi

Masyarakat hari ini harus sedar kerana segala kesenangan yang kita dapati hari ini adalah atas usaha perjuangan datuk nenek moyang kita dahulu selepas kemerdekaan apabila UMNO ditubuhkan.
Segala usaha pencarian ini akan dipanjangakan kepada pihak JKM dan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.Inilah seruan Menterinya yang di terajui oleh YB Senator Dato Seri Shahrizat Jalil diucapan beliau di Program JOM SEPAKAT"Sri Menegon baru baru ini.

No comments: