PROGRAM ANAK YATIM MENAIKI KERETA SPORT MEWAH BERSAMA SYARIKAT BUMI MERIAH DIRUANG LEGAR BILIK PAMERAN KERETA MAZDA.

Wanita UBKR sentiasa menjadikan kebajikan sebagai perjuangan utama dalam menjana kemasyarakatan dikawasan Kota Raja.AJK Wanita Bahagian telah bekerjasama membawa anak anak yatim yang tidak berkemampuan seramai 30 orang dari setiap Zon bersama memeriahkan program tajaan syarikat Bumi Meriah.Sebanyak 15 kereta sport mewah MAZDA beranika model telah membawa anak anak yatim mengelilingi kawasan kawasan tertentu di sekitar Bukit Tinggi Klang. Keseronokan anak anak menaiki kereta yang belum pernah dinaiki mereka begitu meriah dengan sorak dan ketawa.Mereka juga diberikan hadiah dan permainan yang dapat menghiburkan mereka.Anak Yatim merupakan insan yang mulia yang perlu diberikan perhatian agar mereka tidak terasa dipisahkan.Doa anak anak membawa berkat apatah lagi mereka yang tidak berkemampuan.

Nahar Ahmad PJK

No comments: