PROGRAM TURUN PADANG UBKR

PERUBAHAN DEMI MENJAMIN PERJUANGAN BANGSA MELAYU.

TAHNIAH kepada kepimpinan UBKR Tuan Ir.Kamaruzaman Johari atau dengan nama glamor nya KJ yang telah dapat melaksanakan program turun padang disemua cawangan mengikut zon zon.Dikesempatan ini saya tertarik dengan kata kata tuan KJ yang mengharapkan agar semua program cawangan dipanjangkan kepada masyarakat setempat dan bukan hanya kepada ahli ahli UMNO sahaja.Beliau juga mengharapkan sumbangan yang telah beliau sumbangkan dapat digunakan bagi tujuan aktiviti disetiap cawangan.

Kata kata beliau itu amat menarik perhatian saya kerana saya juga sering kali menyampaikan hasrat sebegini sebelum PRU12 lalu disetiap ucapan dan perjumpaan bersama ahli wanita atau ahli MPWK. Saya amat bimbang jika cara pendekatan kita tidak berubah mana mungkin kita akan berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Ternyata firasat saya itu kini menjadi realiti dan kerusi BN di Kota Raja kalah teruk.Yang sedihnya baru pertama kali BN kalah dilima negeri , masyarkat mula menuding jari sesama sendiri dan berani mengatakan UMNO tidak relevan,tak cukup setakat itu ada juga dikalangan ahli yang berpaling tadah mengikut pihak pembangkang demi kepentingan diri sendiri.Kenapa masa UMNO diambang kecemerlangan semua nya YES? salah pun dikata betul, hingga sanggup menjadi pembodek konon nya setia dan sayang UMNO.

Saya mengambil kesempatan ini menyahut seruan Ketua Bahagian dan merayu sekali lagi kepada ahli UMNO buatlah perubahan diri dalam mentadbir parti.Perubahan dan Pembaharuan harus diterokai dan diselami dengan semangat perjuangan bangsa.
Tahun 2011 yang dijangkakan tahun bagi PRU13 amatlah penting untuk ahli UMNO menentukan nasib perjuangan parti UMNO.Berubahlah dari sekarang dan bukalah minda kita kearah masyarakat kerana masih terlalu ramai masyarakat setempat yang memerlukan bimbingan dari kita iaitu pemimpin diperingkat akar umbi.

Kejayaan sesebuah parti bergantung dari sokongan akar umbi yang dipimpin oleh ketua ketua diperingkat cawangan dan bukan nya dari diri mereka sendiri.Pemimpin diperingkat cawangan perlu memainkan banyak peranan bagi menentukan kecemerlangan parti masa hadapan.Dari itu marilah kita bersatu menyususn harapan meyakinkan masyarakat dikawasan kita kembali kepada parti UMNO demi bangsa Melayu.

Saya ingin bertanya apabila UMNO kembali diyakini rakyat,kemanakah mereka mereka ini nak tunjukan muka?Walau apa pun berlaku,pemimpin UMNO amat prihatin dan berjiwa rakyat sanggup menerima pengkhianat ini.Sedarlah wahai ahli UMNO yang masih kabur dengan perjuangan UMNO!!

UBAHKANLAH DIRI KITA SEBELUM KITA DIUBAHKAN !!

No comments: