PROGRAM KEBAJIKAN


Dalam kesibukan dengan tugas politik namun kebajikan masyarakat tidak pernah diabaikan."Program Cari"sedang giat diusahakan oleh AJK Wanita bagi memantau orang Asnaf, Ibu Tunggal yang tidak berkemampuan, Anak Yatim dan OKU serta permasaalahan Ibu Tunggal yang tidak terbela apabila diceraikan oleh suami.Program ini merupakan satu amanat dari Kerajaan BN yang sejak dari dulu lagi sentiasa mengamalkan kebajikan rakyat walau pun tidak pernah digembar gemburkan sebagai Kerajaan Kebajikan.

Kebajikan yang akan dilaksanakan ini jika diluluskan oleh pihak Kementerian merupakan satu kebajikan dan amal jariah yang dapat membantu mereka yang memerlukan menjalani hidup seperti orang lain tanpa ada birokrasi

Masyarakat hari ini harus sedar kerana segala kesenangan yang kita dapati hari ini adalah atas usaha perjuangan datuk nenek moyang kita dahulu selepas kemerdekaan apabila UMNO ditubuhkan.
Segala usaha pencarian ini akan dipanjangakan kepada pihak JKM dan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.Inilah seruan Menterinya yang di terajui oleh YB Senator Dato Seri Shahrizat Jalil diucapan beliau di Program JOM SEPAKAT"Sri Menegon baru baru ini.





KURSUS MOTIVASI SEKOLAH SEKOLAH KAWASAN KOTA RAJA OLEH PUTERI UMNO BAHAGIAN




Wanita berjuang dengan kebajikan,Pemuda dengan gerak gempur manakala Puteri pula dengan pendidikan memastikan remaja tidak tersalah langkah dalam arus globalisasi tanpa sempadan.Motivasi kearah remaja dipertingkatkan. Sebagai sayap muda dalam parti UMNO peranan Puteri begitu penting mendekati remaja manakala Wanita menjadi ibu dan penasihat menentukan remaja menjadi satu generasi yang terbilang dimasa hadapan.Itulah sebenarnya perjuangan 3 sayap UMNO dalam memperjuangkan bangsa dan negara.Cukup molek ada asam garam dan gula untuk diolah.jika sukatan nya sama rasa maka berjayalah perjuangan kita.

Program "JOM SEPAKAT" Taman Sri Menegon










PROGRAM TURUN PADANG UMNO BAHAGIAN BERSAMA ZON 7 BUKIT NAGA

TAHNIAH diucapkan kepada Pengerusi & Ketua Ketua Cawangan dalam Zon 7 yang telah berjaya menganjurkan program dengan kehadiran yang begitu ramai. Hampir 2000 kehadiran telah membanjiri kawasan Dewan MBSA terdiri dari masyarakat Bukit Naga.Inilah harapan Ketua Bahagian Tn.Ir.Hj.Kamaruzaman Johari bersama barisan kepimpinan nya mengharapkan agar UMNO Kota Raja dapat memainkan peranan yang lebih agresif mendekati masyarakat sekeliling untuk menarik hati masyarakat kembali kepangkuan UMNO setelah kalah diPRU12 yang lalu.harapan yang begitu tinggi dan keikhlasan perjuanagn beliau diharap dimakbulkan Allah S.W.T.


AKTIVITI WANITA KOTA RAJA

Penyampaian Sumbangan Unifom AJK Wanita UMNO Cawangan Taman Sri Muda.
AKTIVITI WANITA.


1)KURSUS MENANGANI KEGANASAN TERHADAP WANITA& KELUARGA

TARIKH : 30hb.April 2009 jam 2.00petang
TEMPAT : DEWAN KOLEJ ISLAM,JALAN KOTA RAJA KLANG
MASA : 2.00 - 6.00 PETANG
PENCARAMAH : YM.TENGKU NAUFAL TG.MANSOR
PAKAR MOTIVASI UNDANG UNDANG SYARIAH

2) PROGRAM JEJARI BISTARI.

TARIKH : 9HB.MEI 2009
TEMPAT : PEJABAT UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA
MASA : 8.30PAGI - 6.00PETANG
PESERTA : 30 ORANG
(PENYERTAAN TERHAD, SILA DAFTAR DENGAN SEGERA)

3) PROGRAM KEBAJIKAN -
Mencari dan mengenali orang orang miskin, OKU,Ibu Tunggal yang tidak berkemampuan
Borang Cari telah diedarkan kepada ahli jawatankuasa. sebarang pertanyaan sila hubungi ditalian 012-3150745 untuk keterangan lanjut.

4) Kursus Wanita Cemerlang anjuran JPWNS
Dihadkan kepada 5 orang sahaja bagi setiap kawasan.Sila hubungi Cik nadzifah untuk pertanyaan.


ILMU ITU HARUS DICARI DAN APABILA IANYA BERADA DIHADAPAN KITA JANGANLAH DISIASIAKAN, AMBIL LAH KESEMPATAN MEMPELAJARI NYA.LAGI BANYAK ILMU YANG DIPELAJARI LAGI PINTARLAH KITA MENJANA EKONOMI.
PROGRAM TURUN PADANG UBKR

PERUBAHAN DEMI MENJAMIN PERJUANGAN BANGSA MELAYU.

TAHNIAH kepada kepimpinan UBKR Tuan Ir.Kamaruzaman Johari atau dengan nama glamor nya KJ yang telah dapat melaksanakan program turun padang disemua cawangan mengikut zon zon.Dikesempatan ini saya tertarik dengan kata kata tuan KJ yang mengharapkan agar semua program cawangan dipanjangkan kepada masyarakat setempat dan bukan hanya kepada ahli ahli UMNO sahaja.Beliau juga mengharapkan sumbangan yang telah beliau sumbangkan dapat digunakan bagi tujuan aktiviti disetiap cawangan.

Kata kata beliau itu amat menarik perhatian saya kerana saya juga sering kali menyampaikan hasrat sebegini sebelum PRU12 lalu disetiap ucapan dan perjumpaan bersama ahli wanita atau ahli MPWK. Saya amat bimbang jika cara pendekatan kita tidak berubah mana mungkin kita akan berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Ternyata firasat saya itu kini menjadi realiti dan kerusi BN di Kota Raja kalah teruk.Yang sedihnya baru pertama kali BN kalah dilima negeri , masyarkat mula menuding jari sesama sendiri dan berani mengatakan UMNO tidak relevan,tak cukup setakat itu ada juga dikalangan ahli yang berpaling tadah mengikut pihak pembangkang demi kepentingan diri sendiri.Kenapa masa UMNO diambang kecemerlangan semua nya YES? salah pun dikata betul, hingga sanggup menjadi pembodek konon nya setia dan sayang UMNO.

Saya mengambil kesempatan ini menyahut seruan Ketua Bahagian dan merayu sekali lagi kepada ahli UMNO buatlah perubahan diri dalam mentadbir parti.Perubahan dan Pembaharuan harus diterokai dan diselami dengan semangat perjuangan bangsa.
Tahun 2011 yang dijangkakan tahun bagi PRU13 amatlah penting untuk ahli UMNO menentukan nasib perjuangan parti UMNO.Berubahlah dari sekarang dan bukalah minda kita kearah masyarakat kerana masih terlalu ramai masyarakat setempat yang memerlukan bimbingan dari kita iaitu pemimpin diperingkat akar umbi.

Kejayaan sesebuah parti bergantung dari sokongan akar umbi yang dipimpin oleh ketua ketua diperingkat cawangan dan bukan nya dari diri mereka sendiri.Pemimpin diperingkat cawangan perlu memainkan banyak peranan bagi menentukan kecemerlangan parti masa hadapan.Dari itu marilah kita bersatu menyususn harapan meyakinkan masyarakat dikawasan kita kembali kepada parti UMNO demi bangsa Melayu.

Saya ingin bertanya apabila UMNO kembali diyakini rakyat,kemanakah mereka mereka ini nak tunjukan muka?Walau apa pun berlaku,pemimpin UMNO amat prihatin dan berjiwa rakyat sanggup menerima pengkhianat ini.Sedarlah wahai ahli UMNO yang masih kabur dengan perjuangan UMNO!!

UBAHKANLAH DIRI KITA SEBELUM KITA DIUBAHKAN !!
JEMPUTAN KEPADA PESERTA KURSUS "MENANGANI KEGANASAN KELUARGA DALAM RUMAH TANGGA" ANJURAN MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA & KELUARGA BERSAMA JABATAN PEMBANGUNAN WANITA NEGERI SELANGOR.

Tarikh Program : 30 April 2009

Penceramah : YM.Tengku Naufal Tg.Mansor
Pakar Perundangan Undang Undang Syariah

Tempat : Dewan Kolej Islam Klang atau Dewan SM Tinggi
Hishamudin Kg.Jawa Klang(Akan dimaklumakan kemudian)

Masa : 2.00-6.00ptg


Masyarakat dikawasan Kota Raja dijemput hadir untuk bekongsi pengalaman bagaimana menangani keganasan dalam keluarga dan rumah tangga.Kaum Wanita,remaja dan juga kaum bapa harus menimba pengalaman ini dengan mengetahui aspek aspek perundangan untuk menjaga kesejahteraan didalam sesebuah keluarga.Kehadiran seramai 350 orang dialu alukan.Tempat terhad !!
Sila berikan jawapan selewat lewat nya pada 20 April 2009 melalui blog ini atau di talian 03-51226060.


Nahar Ahmad PJK






PROGRAM ANAK YATIM MENAIKI KERETA SPORT MEWAH BERSAMA SYARIKAT BUMI MERIAH DIRUANG LEGAR BILIK PAMERAN KERETA MAZDA.

Wanita UBKR sentiasa menjadikan kebajikan sebagai perjuangan utama dalam menjana kemasyarakatan dikawasan Kota Raja.AJK Wanita Bahagian telah bekerjasama membawa anak anak yatim yang tidak berkemampuan seramai 30 orang dari setiap Zon bersama memeriahkan program tajaan syarikat Bumi Meriah.Sebanyak 15 kereta sport mewah MAZDA beranika model telah membawa anak anak yatim mengelilingi kawasan kawasan tertentu di sekitar Bukit Tinggi Klang. Keseronokan anak anak menaiki kereta yang belum pernah dinaiki mereka begitu meriah dengan sorak dan ketawa.Mereka juga diberikan hadiah dan permainan yang dapat menghiburkan mereka.Anak Yatim merupakan insan yang mulia yang perlu diberikan perhatian agar mereka tidak terasa dipisahkan.Doa anak anak membawa berkat apatah lagi mereka yang tidak berkemampuan.

Nahar Ahmad PJK







PILIHAN RAYA KECIL BUKIT GANTANG .


Wanita UMNO Kota Raja bersama Bahagian telah berusha begitu gigih membantu memberikan kemenangan BN di Peti Undi Sg.Che Rahmat, namun segalanya telah ditentukan Allah.Dimana silap dan salahnya dan mengapa rakyat masih tidak memihak kepada BN?Adakah generasi muda mempunyai hala tuju yang berbeza dari perjuangan asal?Kita harus mencari penjelasan apakah lagi yang harus dilakukan.Bak kata T,Sri S.M.Salim dalam lagu nya APA DAH JADI?

Namun apa pun hakikatnya perjuangan UMNO harus diteruskan demi Bangsa dan Negara.Wanita Kota Raja akan terus bersama membantu mengukuhkan kepercayaan masyarakat untuk kembali kepada perjuangan UMNO.

Menyingkap kembali tugas dan tanggung jawab di pilihanraya Kecil Bkt.Gantang amatlah mencabar.Bancian sikap rumah kerumah,menagih undi bukanlah mudah,maki hamun dari pihak pembangkang,kemesraan pengundi yang menyokong BN semua nya dapat diterima oleh kami.Kesetiaan dan kesabaran kami sebagai Wanita dan ibu yang bersifat penyabar memberikan kepercayaan pengundi untuk memangkah BN,namun ianya masih tidak mencukupi yang membuatkan rakyat hilang kepercayaan.Kita tidak boleh berpeluk tubuh, kita harus mencari dari sudut mana kepincangan ini bermula .Kita harus berusha dengan pantas meraih semula keyakinan rakyat .

Doa kami berikanlah kemuliaan dan kewibawaan dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak agar UMNO TETAP DIHATI RAKYAT !!









DOA DAN HASRAT AKAR UMBI TELAH TERCAPAI!!

SERIBU PENGHARGAAN BUAT MU Y.BHG.DATO' SERI SHAHRIZAT JALIL DAN EXCO YANG DIPILIH !!

Pergerakan Wanita UMNO Kota Raja mengucapkan setinggi tinggi Penghargaan untuk mu YBhg.Dato Seri Shahrizat Jalil dan barisan Exco diatas kemenangan menerajui kepimpinan Wanita bagi tahun 2008- 2011.

SYABAS!!Terimalah amanat ini dengan hati yang ikhlas dan berjihadlah dilandasan yang lurus.

Bisikan hati serta iringan doa diperingkat akar umbi telah pun dimakbulkan. Kemenangan besar yang diperolehi oleh Y.Bhg.Dato'Seri Shahrizat Jalil dan YBhg.Dato'Kamilia memberikan seribu harapan agar Wanita UMNO mengubah persepsi pentadbiran mengikut gelombang serta arus globalisasi masa kini.Begitu juga dengan gandingan intim Exco yang begitu berpotensi diharap akan dapat bersama mencapai perubahan. Ini tidak bermakna pemimpin sebelum nya tidak relevan, cuma permintaan akar umbi inginkan perubahan setelah kalah di PRU12 lalu.

Kepada yang kalah terimalah dengan hati terbuka ,bertaut semula demi perpaduan,teruskan perjuangan demi UMNO dan Wanita Melayu!

Salam
Nahar Ahmad PJK